Fadhilat Bulan Rejab

“Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Kelebihan lain bulan Rejab. Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab. Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab. DOA BULAN REJAB.

Mutiara Kata Keluarga Bahagia

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Allah

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.

BILA KEMATIAN MENYAPA..APAKAH YG DIKEJARKAN DUNIA?.

Kematian itu sungguh sangat cepat hadirnya. Ramai orang yang merayakan hari ulang tahunnya, padahal hari itu petanda kematian semakin dekat kepadanya. Bahkan ada yang sanggup meraikan sambutan hari lahir dengan majlis yang lara dan melalaikan. Seharusnya hari ulang tahun itu.

Ramadhan Al - Mubarak

KEISTIMEWAAN RAMADHAN KETIKA DITANYA OLEH SAYIDINA ALI K.W. APAKAH PAHALA ATAU KELEBIHAN MENDIRIKAN SEMBAHYANG TERAWIH PADA SETIAP MALAM DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN, RASULULLAH SAW MENJAWAB: “ORANG MUKMIN YANG MENUNAIKAN SEMBAHYANG TERAWIH PADA MALAM BULAN RAMADHAN AKAN MENDAPAT KELEBIHAN SEPERTI BERIKUT: MALAM 1 DOSANYA KELUAR SEPERTI IA BARU DILAHIRKAN OLEH IBUNYA MALAM 2 DIAMPUNKAN ALLAH DOSANYA,DOSA-DOSA KEDUA IBU BAPANYA,JIKA KEDUANYA ITU ORANG MUKMIN MALAM 3 DIPANGGIL OLEH MALAIKAT

HORMATILAH AZAN

KeMaTiAn ItU PaStI!!! Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakaratul maut Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,

Lelaki - lelaki Subuh

Lelaki-Lelaki Subuh Waktu subuh? Solat subuh? Dan kemudiannya lelaki-lelaki subuh?Apakah itu? Siapakah pula mereka-mereka itu? Macam pelik je bunyinya? Saya jamin, jika tidak banyak, pasti rakan-rakan sekalian punyai sedikit kemusykilan.. Sebenarnya, persoalan di atas berkait rapat dengan solat subuh. Spesifiknya lagi, persoalan di atas boleh dirumuskan begini; Adakah anda bersolat subuh secara berjemaah di masjid atau di surau? Jika ya, syabas diucapkan

Kelebihan Kalimah La Ila Ha Illallah

Apabila seseorang telah melafazkan kalimah tayibah bererti is telah membuat pengakuan terhadap Tuhannya. Segala urusan duniawi dan ukhrawi, tidur, bangun, belajar, mengajar, berniaga, berkebun, bertani, berkahwin, mengurus rumah tangga dan semua yang kita lakukan semata-mata untuk mencari keredhaan dariNYA

Sunday, August 29, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

KEISTIMEWAAN RAMADHAN

KETIKA DITANYA OLEH SAYIDINA ALI K.W. APAKAH PAHALA ATAU KELEBIHAN MENDIRIKAN SEMBAHYANG TERAWIH PADA SETIAP MALAM DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN, RASULULLAH SAW MENJAWAB:

“ORANG MUKMIN YANG MENUNAIKAN SEMBAHYANG TERAWIH PADA MALAM BULAN RAMADHAN AKAN MENDAPAT KELEBIHAN SEPERTI BERIKUT:


MALAM 1

DOSANYA KELUAR SEPERTI IA BARU DILAHIRKAN OLEH IBUNYA

MALAM 2
DIAMPUNKAN ALLAH DOSANYA,DOSA-DOSA KEDUA IBU BAPANYA,JIKA KEDUANYA ITU ORANG MUKMIN



MALAM 3

DIPANGGIL OLEH MALAIKAT DARI BAWAH ARASY DENGAN SERUAN “MULAILAH KAMU BERAMAL KERANA ALLAH TELAH MENGAMPUNKAN DOSAMU YANG LALU


MALAM 4

DIBERI PAHALA YANG SAMA DAN PAHALA-PAHALA ORANG YANG MEMBACA KITAB TAURAT,INJIL,ZABUR DAN AL-QURAN



MALAM 5

DIBERI PAHALA UMPAMA ORANG YANG SEMBAHYANG DI MASJID HARAM DIMEKAH, MASJID NABAWI DI MADINAH DAN MASJID AQSA DI PALESTIN



MALAM 6

DIBERI PAHALA SEPERTI IA BERTAWAF DI BAITULLAH, BATU-BATU DAN PASIR-PASIR TURUT SAMA MEMOHON AMPUN UNTUKNYA



MALAM 7

SEPERTI ORANG YANG HIDUP SEZAMAN DENGAN NABI ALLAH MUSA YANG MENGALAHKAN FIRAUN DAN HAMMAN



MALAM 8

DIBERI ALLAH SEGALA APA YANG PERNAH DIKURNIAKANNYA KEPADA NABI IBRAHIM A.S



MALAM 9

MENDAPAT PAHALA IBADAH RASULULLAH SAW

BERSIH DARI SEGALA DOSA



MALAM 10

DIKURNIAKAN ALLAH KEBAIKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT



MALAM 11

KELUAR DARI DUNIA SEPERTI MANA IA DILAHIRKAN



MALAM 12

DATANG DI HARI KIAMAT DENGAN WAJAH YANG BERCAHAYA DAN BERSINAR BAGAI BULAN PURNAMA



MALAM 13

DATANG DI HARI KIAMAT DENGAN KEADAAN AMAN DARI SEGALA KEJAHATAN



MALAM 14

MALAIKAT AKAN MENJADI SAKSI (ATAS SOLAT TERAWIH YANG TELAH DITUNAIKANNYA ITU) DI HARI KIAMAT – IA DIBEBASKAN ALLAH DARI SEGALA KEMUDARATAN



MALAM 15

DIMINTA AMPUN BAGINYA OLEH MALAIKAT YANG MEMIKUL ARASY DAN KURSI



MALAM 16

DIBEBASKAN ALLAH DARI NERAKA DAN DIMASUKKAN IA KE DALAM SYURGA



MALAM 17

DIBERIKAN PAHALA UMPAMA PAHALA PARA NABI



MALAM 18

DISERU OLEH PARA MALAIKAT “WAHAI HAMBA ALLAH,BAHAWASANYA TELAH REDHA ALLAH KEPADAMU DAN KEPADA ORANG TUAMU”



MALAM 19

DIANGKAT DARJATNYA KE DALAM SYURGA FIRDAUS



MALAM 20

DIBERIKAN PAHALA PARA SYUHADA DAN SOLEHIN



MALAM 21

DIBINA UNTUKNYA RUMAH DARI NUR , DIDALAMNYA SYURGA



MALAM 22

KELAK DI HARI KIAMAT IA AKAN DIAMANKAN DARI SEGALA KESUSAHAN DAN DUGAAN



MALAM 23

DIBANGUNKAN SEBUAH KOTA UNTUKNYA DI DALAM SYURGA



MALAM 24

AKAN DIBERIKAN PAHALA YANG BERUPA 24 DOANYA YANG DIMAKBULKAN



MALAM 25

DISELAMATKAN DARI SEKSA KUBUR



MALAM 26

DIANGKAT PAHALANYA SELAMA 40 TAHUN



MALAM 27

DAPAT MELINTASI SIRAT(TITIAN) DI AKHIRAT KELAK LAJU BAGAIKAN KILAT MENYAMBAR



MALAM 28

ALLAH MENGANGKATNYA DENGAN SERIBU DARJAT



MALAM 29

DIKURNIAKAN PAHALA SERIBU IBADAH HAJI YANG MABRUR



MALAM 30

DISERU IA OLEH ALLAH DENGAN ALU-ALUAN:

“WAHAI HAMBAKU, MAKANLAH BUAH-BUAHAN SYURGA DAN MANDILAH DENGAN AIR SALSABIL (SEBATANG SUNGAI YANG MENGALIR AIR ) DAN TELAGA KAUSAR. AKULAH TUHANMU DAN ENGKAU ADALAH HAMBAKU”




p/s: Beramal di 10 akhir ramadhan banyak kelebihannya...moga2 kita semua mendapat barakah daripada bulan ramadhan...banyakkan qiam malam dan membaca al-quran...:-)
sekadar peringatan untuk diri sendiri  dan rakan2 sekalian...:-D

Wah3, lawak-lawak.

jangan baca,lawak sangat..

Assalamualaikum... Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini.... 3 Minit je, tak lama pun..

 Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam… Sebarkanlah.... Xperlu minta izin dah.. :)

Wednesday, August 25, 2010

Allahuakbar, Betapa INdahnya Hidayah-Mu...Ku Memohon Hidayah-Mu...:'(

Assalamualaikum...wah,pada 16 ramadhan ni bererti telah lebih separuh daripada ramadhan telah kita lalui dengan berpuasa disiang hari dan beribadah di waktu malam..Alhamdulillah,dengan berbaki lagi ramadhan yg ada marilah kita semua sama2 meningkatkan takwa kita kepada Allah S.W.T. semoga kita mendapat hidayah daripada-Nya di bulan yg mulia ini...Haa,bercakap psal hidayah ni,apa yg anda tahu tentang HIDAYAH???...Tahukah kita bahawa terdapat 5 jenis Hidayah???...:-)
kali ni kita akan berkongsi tentang apa itu 5 jenis hidayah...
SELAMAT BERIBADAH:-)


5 JENIS HIDAYAH


Hidup umat manusia akan sesat tanpa pedoman wahyu. Oleh itu kita umat Islam dididik agar sentiasa berdoa ke hadrat Allah agar diberikan petunjuk bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Setiap hari jika kita merupakan hamba Allah yang sentiasa mendirikan kewajipan sembahyang maka sudah tentu sekurang-kurangnya kita akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari semalam di mana dalam surah tersebut kita disuruh berdoa agar diberikan petunjuk ke arah jalan yang lurus. Di sini akan diperjelaskan serba sedikit tentang jenis hidayah yang diperolehi oleh manusia bagi meneruskan perjalanan hidupnya di dunia yang fana ini.

Pertama : Hidayah al-Wijdan at-Tabie'i

yang bererti petunjuk yang timbul daripada perasaan mengikut tabiat semenjak lahir ke dunia seperti lapar, dahaga, panas, sejuk, sakit dan lainnya Sebagai contohnya bagaimana seorag anak kecil akan menangis untuk keselamatan dirinya di mana tangisan itu bertujuan meminta si ibu atau pengasuhnya supaya menguruskannya. Setelah mendapat layanan atau pengurusan yang secukupnya maka petunjuk daripada rasa puas dalam diri anak kecil itu menyuruh dia agar berhenti menangis.


Kedua : Hidayah al-Hawas

iaitu petunjuk pancaindera yang lima iaitu mata, hidung, telinga, lidah dan kulit. Petunjuk yang terhasil daripada rangsangan pancaindera ini memang perlu bagi keselamatan diri manusia dalam menjauhi sesuatu yang membahayakan serta menimbulkan perasaan untuk mendekati sesuatu yang memberi manfaat kepada diri. Namun begitu petunjuk pancaindera ini tidak sentiasa benar kerana banyak keadaan mata melihat barang yang lulus jadi bengkok, lidah tersalah merasa di mana sesuatu yang manis dirasanya pahit, hidung tersalah bau di mana sesuatu yang harum dirasa busuk dan selainnya. Kesimpulan daripada sini maka kita dapati bahawa petunjuk pancaindera tidak cukup dalam menjaga keselamatan manusia di mana kita semua memerlukan petunjuk yang lebih tinggi untuk mencapai keselamatan diri.

Ketiga : Hidayah al-'Aqal

iaitu petunjuk berasaskan akal iaitu suatu alat yang dianugerahkan oleh Allah sebagai penimbang dan memikirkan sesuatu yang disampaikan oleh rangsangan pancaindera dan apa yang timbul daripada perasaan tabie'i. Setelah ditimbang dan difikirkan oleh akal maka manusia dapat bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat yang dirasakan dapat memberi kebahagiaan untuk dirinya. Tetapi setelah melihat apa yang berlaku di hadapan mata kita bagaimana petunjuk berasaskan akal semata-mata turut gagal untuk menggapai kebahagiaan yang sejati kerana tahap penggunaan akal adalah terbatas. Tindakan berasaskan akal semata-mata seringkali tersilap di mana sesuatu yang difikirkan baik tetapi menjadi sebaliknya. Oleh itu, Allah telah menganugerahkan petunjuk yang lebih tinggi daripada petunjuk akal kepada mereka yang dikehendakiNya dalam mencapai jalan yang lurus untuk kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.

Keempat : Hidayah ad-Diin

iaitu petunjuk dari langit yang dinamakan agama yang bererti peraturan yang diturunkan oleh Allah untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia samada yang berbentuk individu atau masyarakat ramai. Melalui petunjuk agama maka seseorang itu dapat menguji dan memperbetulkan pendapat berasaskan akalnya menerusi pertimbangan neraca agama. Seseorang itu dapat tahu tentang kebenaran dan kebahagiaan yang mesti dicapai berasaskan kehendak agama bukannya semata-mata melalui pendapat akal semata-mata. Melalui petunjuk agama juga maka perjalanan hidup seseorang itu lebih terjamin dan terkawal. Namun begitu ramai juga golongan yang cerdik pandai dalam urusan agama yang tersalah langkah dan tersesat daripada petunjuk Allah yang sebenar. Ramai mereka yang faham agama turut tersesat jalan walau pun telah pun dianugerahkan dengan petunjuk agama. Perkara ini tetap berlaku kerana mereka tidak dianugerahkan hidayah yang paling tinggi. Mereka mungkin hanya mengetahui tentang agama melalui pembelajaran dan pembacaan sehingga menyentuh hati tetapi tidak mampu menggunakannya secara betul kerana masih belum diberi hidayah yang lebih tinggi.

Kelima : Taufik

iaitu pemberian petunjuk berserta dengan anugerah kemahuan dan kesanggupan dalam diri untuk berbuat
segala sesuatu yang membawa kepada keselamatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Apabila diri kita diberikan taufi maka bukan sahaja kita mengetahui tentang sesuatu itu yang baik untuk dikerjakan dan sesuatu buruk untuk ditinggalkan tetapi segala anggota kita turut diberi kekuatan untuk melaksanakan segala itu untuk mencapai keredhaan Allah. Taufiq hanya terletak pada tangan Allah Yang Berkuasa sahaja tanpa mampu dimiliki oleh sebarang makhluk walau dia seorang rasul sebagaimana nabi kita Muhammad s.a.w. sendiri tidak mampu memberi hidayah taufiq kepada bapa saudara kesayangannya Abu Tolib.

Setelah mengetahui serba sedikit tentang hidayah maka marilah kita sama-sama sentiasa memanjatkan doa kepada Rabbul Jalil agar terus melimpahi inayah dan taufiq hidayahnya kepada kita semua dalam mencari kebahagian di dunia dan akhirat

 Disediakan lagu Bertajuk Hidayah daripada Hijjaz mari hayati bersama2..:-D



Tajuk : Hidayah
Artis : Hijjaz

Tuhan...
lama aku gelintar
cari arah cahaya
menerangi gelita
Tuhan....
indahnya hidayah Mu
sinari ruang kalbu
luruh airmata ku
mensyukuri nikmat Mu

c/o

ooo... Tuhan
pimpinlah hati ini
utk ku menghayati ooo... petunjuk Mu
walau diuji kesabaranku
juga keimananku
tidak tercabar keyakinan ku
pada janji-janji Mu
tetap bersujud di hadapan Mu
merayu cinta Mu
seluruh jiwa aku serahkan hanyalah utk Mu
betapa ku bersyukur dengan hidayah yg Engkau berikan
semoga selamanya aku kekal di jalan Mu

Friday, August 20, 2010

Perjalanan Bermula...

Perjalanan sbg manusia...mase tadika aq x faham, kenape aku dilahirkan k muka bumi?...apa tujuannya?apa perlu aku buat?sejak kecil aq trtanya, apa itu kehidupan..mcm mane khidupan aq bila dh mula masuk darjah satu?...apa tujuan umi hantar aq ke sekolah?...aku dgn jiwa yg masih kanak2,tidak faham beban yg bakal dipikul di masa depan...
bila dh mula sekolah,aq knal raaamai org....kwan2 yg sbaya dgn aq...mereka jd teman spermainan aq...aq hanya tahu bermain,bergembira,mase ke sekolah aq set hari 'hari ni nk pergi main dgn kwan2 la mase rehat...'...pikiran aq asyik maaaain aje...mcm tu la budak2,suke main2...bila nk siyes?
dh masuk drjah 6, baru mula pikir bila abah kate 'msuk drjah 6 ni jgn main2,kena belajar sungguh...'kate abah..
aku mula belajar,tp aku x tahu...aku belajar utk ape?..
cikgu ckap dlm kelas 'kalau kamu semua belajar rajin2, nati bleh pegi sekolah bagus2...sekolah 'high class'...
prkataan 'high class' buat aq rase semangat lagi nk belajar...
masuk drjah 6 ni,letih jgk...kna prgi kelas tmbahan la,kelas malam la...cikgu2 aq nampak sangat bersugguh2 nk buat kelas...knape cikgu nk bersungguh2 plak,bkn dia pn nk masuk exam...biasala,bdak2 mcm aku mane pham ape2...belajar utk nk pegi sekolah 'high class' je pikir...huuu...
exam!!!UPSR!...wlaupn exam UPSR, aq sangat excited,first tyme masuk exam sbena...best,fes tyme pegang krtas exam sendiri yang wrna biru...:-)
dulu,krtas exam wrna biru,kerajaan masih ada bnyk duit,,,skarang, xtau la..haha...
exam dh abis,aku x risau pn psal result exam,pegi amik result pn relak aje...cikgu pn pggl nama 'AHMAD ASHRAF'...aku pegi depan amik slip,tgk2 dpat 4A je...4A,alhamdulillah...ape yg x A?sume org pelik,knape aku x dapat A subjek ni?...ganjil,pelik,...tapi tu la knytaan, x dpt A subjek penulisan...haha...aku pn x tahu apela yg aku karang mase exam aritu...tp, aku x pikir pn...lepas dh lepas...biar la...hehe...:-D
tahun 2003,dh berakhir...berakhirla pengajian di sekolah rendah...Selamat Tinggal SKPPL...sekolah yg selalu aq pandang bila ke pasir puteh...Terima Kasih Cikgu2 sekolah SKPPL...You're My Lovely School...:-)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More